Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
landak kecil datang!
RM10.90
Landak Kecil sangat suka bermain dan berkawan dengan haiwan-haiwan lain. Namun, setiap kali dia menghampiri mereka, semua haiwan akan bertempiaran lari.
“Landak Kecil datang! Cepat lari!” jerit mereka ketakutan.
Landak Kecil pun berasa sedih dan keliru.
“Kenapa mereka tidak suka berkawan dengan saya?” fikirnya sendirian.
Dia suka berada dekat dengan ibu bapanya. Pelukan hangat mereka membuatkan hatinya berasa selamat dan disayangi. Tetapi, mengapa apabila dia cuba mendekati haiwan lain, semuanya menjauh?
Tanpa disedari, duri-duri kecil pada badannya telah membuat haiwan lain takut dan terluka.
Adakah Landak Kecil akan menemui cara untuk berkawan?
Mampukah dia belajar bahawa setiap makhluk mempunyai keistimewaan tersendiri?
Sebuah kisah menyentuh hati tentang persahabatan, penerimaan diri, dan kasih sayang yang pasti membuatkan kanak-kanak tersenyum sambil belajar memahami perasaan orang lain.







Reviews
There are no reviews yet.